SEMANGAT JATI FAMILI REDHA

.................

Tuesday, April 24, 2012

HARTA DATO' IBRAHIM HUSSAIN

ARKIB : 21/07/2010

Waris pelukis cari penyelesaian luar mahkamah

KUALA LUMPUR 20 Julai - Isteri kepada pelukis tersohor negara, Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein dan empat iparnya akan mencari penyelesaian terbaik di luar mahkamah berhubung pembahagian harta arwah yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
Berikutan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menangguhkan prosiding tuntutan tersebut sehingga 6 Oktober ini bagi membolehkan kedua-dua pihak berbincang mengenai perkara tersebut.
Pada tarikh tersebut, pihak-pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah status perbincangan dan merekodkan sebarang penyelesaian, sekiranya ada.
Penangguhan tersebut juga adalah disebabkan Datin Aishah Lan Sim Kong selaku plaintif telah melantik peguam syarie baru, Fahda Nur Ahmad Kamar untuk mewakilinya.
Adik-beradik Allahyarham yang disenaraikan sebagai defendan diwakili oleh peguam syarie, Dorina Abdullah.
Aishah, 57, memfailkan permohonan faraid pada 23 November tahun lalu dan menamakan ipar duai beliau iaitu Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein, 90, dan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein, 78, sebagai defendan.
Turut disenaraikan sebagai defendan ialah kakak dan adik Allahyarham, Che Sum Nyar Hussein, 81, dan Chaharani @ Shaharani Hussin, 71.
Aishah dan Allahyarham bernikah pada 6 Jun 1977 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Alia, 32, yang turut dinamakan sebagai defendan.
Alia bagaimanapun masih tidak diwakili peguam.
Antara harta-harta yang disenaraikan dalam pernyataan tuntutan adalah rumah, kereta, tanah dan saham.
Ibrahim atau nama sebenarnya, Ibrahim Nyar Husin meninggal dunia pada 19 Februari tahun lalu di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar akibat serangan jantung.
Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Ib meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Allahyarham merupakan pengasas Muzium dan Yayasan Kesenian Ibrahim Hussein (IHMCF) di Langkawi.

2 comments:

  1. macam tu lah kalau dah banyak harta....
    pakat2lah sesama adik beradik.... bapa saya dah meninggal lebih awal.. kalau tidak dapat juga tumpang serpih2 pun jadilah... Rasanya nilai harta Pak Ndak bukan RM2 Juta...lebih lagi.. nilai rumah aje dekat2 RM5 juta.. Lukisan yang masih da tu semakin berharga bila pelukisnya meninggal dunia.. Salah satu lukisannya yang dilelong di KL baru2 ini yg bertajuk The Dream saja dilelong dgn harga lebih RM500,000.00..
    Al Fatihah utk Pak Ndak Ein

    ReplyDelete
  2. Hi Asri, May i know where u get the news from? Any link or reference to refer to? Your reply is much appreciated.

    ReplyDelete