SEMANGAT JATI FAMILI REDHA

.................

Wednesday, March 08, 2017

Dah Segagan

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh..  08.03.17
Tempat: Coffee Village Exit
Persiaran Selatan Putrajaya





Wednesday, October 29, 2014

Tinggal Kenangan... Pak Njang Ismail..(Prof Tan Sri Ismail Hussein



Pak Njang Ismail adalah adik kepada bapa saya ...yang panggilan keluarga Pak Njang Ismail . .. Kenalkah mereka dengan keluarga saya..  anak-anak  pak njang adalah sepupu saya. Suatu yang saya agak terkilan ialah hubungan antara sepupu iaitu anak2 aruah  tidak ada langsung dengan saya... mungkin kerana duduk dikotaraya kot.. mereka amat jarang balik ke kampong masa saya sekolah dulu kat kampong. Bapa saya adalah orang kampong yang bekerja menanam padi dan tinggal di Kg Kabu 10 , Sg Limau Dalam, Yan Kedah... Adakah masih ada lagi hubungan persaudaraan sepertimana sepatutnya.. setelah ketiadaan Pak Njang..  Hanya Allah SWT yang mengetahuinya..Walaubagaimanapun saya tetap berbangga dengan pencapaian aruah Pak Njang... yg terkenal dipersada negara dan internasional.... Marilah kita sama2 membaca Al Fatihah utk disedekahkan kepada Allahyarham.. semoga Allah SWT menempatkannya dikalangan orang2 yg beriman...
 Al Fatihah.. aamiin





Tuesday, April 09, 2013

Hassan Baseri Budiman.....

Catatan: Mohd Asri Redha

Alhamdulillah, akhirnya  adalah juga seorang
saudara saya yang mengikuti jejak langkah bapa saudara saya yang terlibat dalam bidang seni penulisan... Bapa saudara saya Dato' Abdullah Hussain memang terkenal dalam penullisan terutama dalam bentuk penceritaan  biografi diri dan juga dalam pelbagai genre sehingga dinobatkan sebagai Sasterawan Negara...


Walaupun saya tidak mengikuti sangat akan perkembangan sepupu saya ni, tapi saya tahu beliau memang prolifik dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu untuk tatapan dan bacaan peminatnya.

Teruskan berkarya........


TeRaTaK KaSiH









Wednesday, April 25, 2012

KaryA Pak Ndak Ein (Dato' Ibrahim Hussein)













Berita Terkini:
Kiri: 24.04.2012.....

Utusan Malaysia Melapurkan...  Nampaknya nilai lukisan Pak Ndak Ein semakin meningkat setelah beliau telah kembali ke rahmatullah... Siapa la 'agaknya yang memiliki lukisan bertajuk 'Red, Orange And Core' ini.. mungkin dulunya telah dijual oleh Pak Ndak Ein dengan harga mungkin ratusan ribu RM... juga.  .kayalah orang tu dan sapalah pula yang akan beli lukisan tu.. lagilah kaya... kita tunggu tengok......atau pun mungkin belum dijual oleh keluarg Pak Ndak Ein.. kalau belum dijual .. dikira harta pusaka..ada masalah pula sebab pembahagian harta pusaka Pak Ndak Ein semakin rumit dan belum selesai... kes ini sampai masuk akhbar........

12.02.2011

Karya Lukisan bertajuk : 'THE DREAM' karya seni Ibrahim Hussein.. telah dijual dengan harga RM550,000.00...Nilai jualan yang paling tertinggi bagi seorang pelukis Malaysia.....lihatlah  keratan disebelah..Tumpang banggga ..tapi duit dapat kat siapa ya...tentunya pembeli awalnya...Pelukisnya tidak dapat lagi menikmatinya kerana telah kembali mengadap Ilahi..

Baca tak Berita Harian 19.06.2010. Karya Allahyarham Ibrahim Hussain akan dilelong di Malaysia setelah sekian lama berhijrah di luar negara. Rupanya jika meninggal pelukisnya nilainya semakin tinggi. Malangnya lukisan ini dimiliki oleh seorang peminat seni lukis dari luar negara. Tak taulah berapa harganya beliau beli pada waktu tersebut dari bapa saudaraku ini. Tapi beliau adalah seorang yang amat arif tentang nilai karya seni seseorang. Sebab itu beliau sanggup beli..Harga mula lelong ini sahaja sudah RM400,000.00. Tak taulah nanti bila dilelong akan meningkat kepada berapa..mungkin boleh jadi jutaan RM...Kalau diriku ini insan yang kaya raya..duit tidak ada masalah..sudah tentu aku akan cuba beli juga karya agong ini....inilah satu-satunya karya seni orang Malaysia yang ada yang mempunyai nilai artistik yang amat tinggi.. tapi apakan daya...hanya dengar dan lihat sahajalah....Harap-harap orang korporat dan hartawan Malaysia dapat masuk lelong dan belinya...memang sukar untuk dicari ganti pelukis tersohor ini....

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

BERITA TERDAHULU
 
Tanggal 19 Februari 2009 hari Khamis seorang lagi keluarga ku kembali mengadap Ilahi iaitu Pak Ndak Ein ( Dato' Ibrahim Hussein). Beliau ni seorang pelukis tersohor negara dan terkenal bertaraf antarabangsa. Banyak buku dan majallah yang menceritakan berkenaan kejayaan beliau. Rakan-rakan beliau adalah bisa terdiri dari Raja-Raja Melayu, Kerabat-Kerabat Di Raja, tokoh politik negara, seniman, Jutawan-jutawan dan tokoh-tokoh perniagaan terbilang yang berada di dalam dan luar negara. Dikatakan satu lukisannya sahaja boleh menjangkaui RM100,000.00 sebuah. Begitulah hebatnya bapa saudara aku ni . Kehidupanya 4 bulan melukis dan 8 bulan lagi melancong. Itulah yang aku baca dalam majallah, tapi satu perkara yang orang banyak tak tahu sebenarnya pak saudara aku ni cuma guna sebelah mata sahaja dalam urusan seharian. Ini disebabkan waktu kecil-kecil dulu dia terlibat dalam kemalangan hingga mencederakan matanya. Dengan sebelah mata inilah juga beliau membina kerjayanya yang amat cemerlang hingga dipersada antarabangsa.


Tahun sudah sewaktu aku di Langkawi dua kali beliau berjumpa dengan aku, dia mai pejabat aku dok bincang fasal masa depan Galeri Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein yang di binanya di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi.. Banyak juga luahan perasaannya dikeluarkan pada aku, dua tiga kali dia sebut apa akan jadi pada galeri Yayasan Ibrahim Hussein ini jika dia tiada lagi di dunia. Tak sangka pula dalam tempoh yang terdekat ini dia pergi tanpa ada apa-apa penyelesaian kepada masalah galeri di Pasir Tengkorak tersebut. Dan aku memang berjanji dengannya akan cuba membantu dengan cuba untuk mengatur mengadakan pertemuan beliau dengan YAB Menteri Besar Kedah .. Sebab beliau ada perancangan besar dengan rakan pelabur dari Eropah untuk membangunkan projek pelancongan di kawasan sekitar galerinya itu. Celah-celah tu aku pula bertukar ke Sik, tak sempatlah aku berjumpanya balik.

Sebenarnya hubungan aku dengan keluarga Pak Ndak Ein ini agak jauh, maklumlah mereka ini berada di Kuala Lumpur dan duduk dikalangan kelompok elit, isterinya pula adalah berbangsa Cina dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Bapa aku iaitu abangnya adalah seorang petani sahaja. Keluarga aku hanyalah tinggal di Kampong Kabu 10,  Sungai Limau Dalam, Yan Kedah.. Sebab itu kalau tanya aku isterinya ( Datin Sim) dan anaknya Alia kenal tak aku, aku rasa depa tak kenal, lebih-lebih lagi anaknya Alia (mungkin umurnya 26 tahun sekarang ni ) yang tidak pernah dibawa ziarah keluarga oleh Pak Ndak Ein di Sungai Limau...Mak Ndak Sim ni ada juga sekali dua aku tegor sapa kat Langkawi dulu tapi rasanya dia dah lupa. Kalau orang dulu-dulu tu dua tiga pupu tu memang rapat lagi, apatah lagi sepupu. Ayahnya dengan bapa aku adalah dua beradik aje. Tapi begitulah keadaannya kalau kita alpa tentang hubungan kekeluargaan, lambat laun ianya akan loggar dan renggang begitu sahaja.

Aku nak pesan pada semua termasuk diri aku ni, kita kenalah ziarah kaum keluarga kita, carilah depa dimana ada, aku nipun bukan rajin sangat ziarah keluarga tapi perlu paksa diri juga ziarah mana-mana kenai dan sempat aku pi juga untuk bertaut kembali hubungan kekeluargaan yang terputus atau semakin renggang.

Cuma masalah aku nak ingat nama tu agak lemah.. Dalam dok tanya lepas tu boleh lupa pula...Sebab tu aku dah buat kad profil ringkas keluarga aku yang ada maklumat nama aku, isteri, anak-anak , alamat rumah, no telefon dan juga tarikh lahir serta gambar sekali. Kad ni aku boleh edar pada sapa-sapa yang aku rasa boleh bagi, jadi taklah orang tertanya-tertanya nama dan sebagainya..Kadang-kadang nak tanya nama 2 tiga kali jadi segan pula. Tak gitu. Aci lawan tanya pak-pak menakan kadang-kadang bukan tau namapun anak-anak menakan. Apatah lagi 2 tiga pupu.. Aku mengaku awai-awai lagi memang tak ingat kecuali yang rajin tegor sapa, telefon selalu dan ziarah selalu. Yang tu boleh ingat nama.

Ada lagi dua orang bapa saudaraku yang juga tidak kurang terkenalnyanya iaitu Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein, dan juga Prof Tan Sri Ismail Hussein.. Ketua Satu Gapena. Ketokohan mereka memang tidak ada tolok bandingnya. Tapi aku juga agak terkilan kerana anak beranak mereka ni atau pepupu aku juga tidak rapat sepertimana sepupu aku yang lain di kampong. Tak taulah fasal apa. Mungkin mereka tidak begitu menitikberatkan hubungan kekeluargaan di kampong, tak taulah..Atau mungkin kesilapan aku juga tak melawat pak-pak saudara kat Kuala Lumpur tu... Tapi biasa juga aku pergi lawat tapi bila kurang mesra tu dia jadi segan pula nak pi untuk kali kedua pula. Manalah tau nanti anak-anak pi mengaji kat Universiti depa dok berkenaan sesama sendiri, sedar-sedar 2 pupu atau ada hubungan kekeluargaan.

Marilah kita membacakan Al Fatihan kepada Allahyarham Ibrahim Hussein semoga rohnya dicucuri rahmat dan dilindungai oleh Allah S.W.T

Amiin.

asredha
teratak kasih
alor setar

Tuesday, April 24, 2012

HARTA DATO' IBRAHIM HUSSAIN

ARKIB : 21/07/2010

Waris pelukis cari penyelesaian luar mahkamah

KUALA LUMPUR 20 Julai - Isteri kepada pelukis tersohor negara, Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein dan empat iparnya akan mencari penyelesaian terbaik di luar mahkamah berhubung pembahagian harta arwah yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
Berikutan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menangguhkan prosiding tuntutan tersebut sehingga 6 Oktober ini bagi membolehkan kedua-dua pihak berbincang mengenai perkara tersebut.
Pada tarikh tersebut, pihak-pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah status perbincangan dan merekodkan sebarang penyelesaian, sekiranya ada.
Penangguhan tersebut juga adalah disebabkan Datin Aishah Lan Sim Kong selaku plaintif telah melantik peguam syarie baru, Fahda Nur Ahmad Kamar untuk mewakilinya.
Adik-beradik Allahyarham yang disenaraikan sebagai defendan diwakili oleh peguam syarie, Dorina Abdullah.
Aishah, 57, memfailkan permohonan faraid pada 23 November tahun lalu dan menamakan ipar duai beliau iaitu Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein, 90, dan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein, 78, sebagai defendan.
Turut disenaraikan sebagai defendan ialah kakak dan adik Allahyarham, Che Sum Nyar Hussein, 81, dan Chaharani @ Shaharani Hussin, 71.
Aishah dan Allahyarham bernikah pada 6 Jun 1977 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Alia, 32, yang turut dinamakan sebagai defendan.
Alia bagaimanapun masih tidak diwakili peguam.
Antara harta-harta yang disenaraikan dalam pernyataan tuntutan adalah rumah, kereta, tanah dan saham.
Ibrahim atau nama sebenarnya, Ibrahim Nyar Husin meninggal dunia pada 19 Februari tahun lalu di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar akibat serangan jantung.
Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Ib meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Allahyarham merupakan pengasas Muzium dan Yayasan Kesenian Ibrahim Hussein (IHMCF) di Langkawi.

Monday, October 03, 2011

Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 : BM Kertas 1 Sek.Berasrama Penuh Malaysia

Tarikh:    03 Oktober 2011
Koleksi:  Mohd Asri Redha



Dalam banyak-banyak gambar yang ada dalam satu Malaysia, diguna gambar ambo yang huduh ini
juga diambil untuk bawa masuk gambar contoh dalam soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2011
Kertas BM 1 Utk Sek.Berasrama Penuh Seluruh Malaysia.......Kat mana depa ambik
gambar ni......lawak sungguh....Tu yang simpan juga kertas soalan ni.. buat
kenang-kenangan bukan la nak habaq tang terima bintang tu..
Soalan Periksa tu pula macam tau-tau aje.. he he hee


Friday, September 09, 2011

Tuesday, August 30, 2011

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2011

Catatan Rekod:

Klik di gambar untuk lebih jelas dan besar ..
Mohd Asri Redha
Tempat: Teratak Kasih, Alor Setar
Tarikh: 30 August 2011


Agenda Raya sepertimana tahun2 dulu..sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Jamek Nur Fadzilat, (Masjid Polis IPK) dan melawat keluarga terdekat... tidak lupa menziarahi pusara ibu dan bapa yang tersayang di  Sungai Limau Dalam.  Bab-bab ambil gambar ni.. dah jadi macam kemestian buat anak-anak.. depa minat mengambil foto-foto...  cuma kedepan-kedepan ni nak bagi depa kreatif sikit dalam bab2 ambil gambar foto ini...  Tahun ini kurang meriah sikit.. Tien tidak bersama kami sekeluarga kerana berada di Jepun melanjutkan Pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tohuku dekat wilayah Sendai..

Thursday, February 10, 2011

Kejayaan Keluarga

Tahun 2010 ....tahun yang bertuah

Nur Zalika menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang Dengan Kepujian Kelas 2 Atas dari UiTM. pada akhir tahun 2010. Sekarang beliau masih lagi mengikuti pengajian untuk melengkapkan lagi pengetahuannya untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian dan seterusnya akan melengkapkan kursusnya di agensi guaman swasta sebelum beliau layak dipanggil sebagai Peguam..


Nur Fatihin sedang menerima Sijil Tamat Kursus RPPKJ 
ke 28 di Majlis Mini Konvokesyen AAJ, UM pada
10.02.2011 . Upacara penyampaian disempurnakan
oleh YBhg Toh Puan Dato' Seri Hajjah Dr
 Aishah Ong..Pro Canselor UM









Nur Fatihin telah berjaya mengharungi kursus Sijil Rancangan Persediaan Khas (Jepun) di Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya  dan pada bulan Mac 2010 nanti akan bertolak ke Jepun mengikuti Kursus Ijazah Kejuruteraan disebuah Unversiti ternama di Jepun.Yang seronoknya dalam tempoh setahun sahaja mereka sudah fasih berbahasa Jepun dan menulis dalam bahasa Jepun.

Abu Hurairah telah memperolehi 8A dalam Ujian Peperiksaan Menengah Rendah Tahun 2010 dan sekarang sedang menyambung pelajaran dalam Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh Tunku Muhd Jiwa, Sungai Petani.

Abu Zareem juga telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR 2010 dan sekarang sedang melanjutkan pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar..














Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010

Tiap kali raya kalau tidak ambil gambar, tak sah rasanya......

Teratak Kasih

                                                                                                                                                                                         Ruang makan Cukup2 untuk 6 orang. Bilangan keluargaku 

Depan rumah atau luar pagar pun kena bagi elok dan bersih juga...tak semestinya pagar mahal2. Termasuk longkang tu..memang cuci sendiri. Tong sampah tidak ada dihadapan kerana memang sudah jadi kebiasaan sampah dibungkus elok-elok angkut dalam kereta dan dibuang ke dalam tong besar berdekatan yang disediakan oleh E_Idaman. So.. pekerja E- Idaman dah kurang sikit kerja dan boleh buat kerja lain.
Bilik Studi...bilik yang menjadi minat aku. Mula-mula siap rumah..bilik ini yang aku tumpu buat dulu...Bilik kesukaanku....Di sinilah tempat aku buat kerja..macam-macam ada.. macam pejabat pula jadinya.. nampak serabut sikit, tapi semua ada...Bilik ini juga jadi bilik perpustakaan mini, bilik IT kerana ada tel, fax, komputer, pencetak warna laser dan pencetak biasa lagi, scanner, internet wifi lagi... Pokoknya boleh buat dari rumah aje...
Ruang santai ini memang menjadi tempat tumpuan keluarga. Selain TV ada juga ruang untuk berkaroake, melayari internet dengan broadband atau wifi streamyx dan menikmati tayangan video terkini dengan paparan TV LCD...
Bilik Tidor anak dara ku...warna depa pilih tak berkenan langsung.. tapi taste anak muda tera tulahh..

Friday, October 16, 2009

Asri Belajar di Sek.Men.Yan sebelah petang dalam Tingkatan 1. Pukul 10.00 sudah keluar rumah di Kg kabu 10, Sg Limau Dalam Yan. Biasa berbasikal ke SMY sejauh 20 km...
asri : Darjah 5, Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Dalam

Asri: berumur 8 tahun , suka main air bila banjir yang kerap
berlaku di Kg Kabu 10, Sungai Limau Dalam

Asri 7 Tahun

Sempat juga berposing kat Taman Bunga di Penang. Siapa ambil gambar, aku tidak tahu?

Montel ...ini bukan anak asri tapi asri 7 bulan


Nasib baik Bapa ada juga bawa bayi montel ini pergi ambil gambar kat Guar Chempedak. Bukan senang nak ada gambar seperti ini, berapa kedai gambar saja yang ada kat Kedah ni.. mahal juga tu nak ambil gambar...

Saturday, October 10, 2009

Nyak Hussein Dalam Kenangan



Keterangan gambar: dari kiri, Allahyarham Ibrahim Hussain (Dato' Ibrahim), Ismail Hussain (Tan Sri Ismail Hussain), Abdullah Hussain (Dato' Abdullah Hussain- Sasterawan Negara). Duduk ialah Mak Cik Shahrani yang sekarang ni masih tinggal di Pekan Sungai Limau Dalam.

Selalu yang ketinggalan dalam apa-apa berita mengenai ketiga-tiga bapa saudara saya diatas ialah bapa saya Allahyarham Hj Abdul Rahman Hussain dan dan Mak Lang Kalsom yang masih lagi ada kat Sungai Limau Dalam. Mungkin kerana mereka ni duduk di kampong. Itu sebab tak timbul nama-nama mereka ini.


Keterangan Gambar: Allahyarham Tok Wan Nyak Hussain (tengah) dan Allahyarhamah Tok Aishah (kanan). Berdiri di belakang ialah Pak Ndak Ein (Dato' Ibrahim) dan Mak Cik Shahrani.


Nyak Hussain b. Geutjik Asjik adalah anak sulung dari lima orang saudara. Adik-adiknya ialah Ibrahim, Laksamana, Ubit dan yang bongsu adalah Mulu seorang perempuan dan tinggal di Kampong Acheh Pidie. Ibu Nyak Hussein bernama Tjeot Poetroe (Cut Puteri).

Tok Wan Nyak Hussein


Nanti saya akan ceritakan sedikit sebanyak kisah hidup tok wan ni: tengah dok mencari

Keluarga Tam (Rosli Abdul Rahman)

Dari kiri: Mohd Razlan Syah (Tel:0126957052), Rosli AR(tel: 0194317182), Nur Farhana Rosli, Auni Raihanah (Anak Lan) Ropishah Senafi, Nurul Azira Ahmad (isteri Lan), Nur Fadzliana Rosli, Mohd Redwan Rosli.

Wednesday, September 30, 2009



Anak saudara ziarah raya ke rumah pada 30 .09.2009. Dari kiri Muhammad Syakir (anaknya), Nur Aufa (anaknya), Roslailinizar Radzi (anak saudara), Aimi Izdihar (anaknya) Tiada dalam gambar ialah Saiful Azhar Md. Zain (suami Lili) ...(27.01.2001 -tarikh perkahwinan)

Alamat terkini: Lot 333, Kg Hutan Keriang , Tunjang, 06000 Jitra Kedah.

Friday, September 25, 2009

Anak Saudara


Mohd Razlan Syah b Rosli, Nurul Azira bt Ahmad, anak Auni Raihanah. (Kahwin: 31.05.08)
Gambar diambil sewaktu bertandang raya ke rumah pada 25.09.2009